rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Ikut Klik "Like"

Betulkah Air Mineral, Air RO atau Air Alkali Selamat Dan Membantu Merawat??

Assalamualaikum semua,
Sebut saja air semua orang akan tahu apa fungsi air. Setiap pagi kita akan berhadapan dengan sarapan pagi dengan minuman-minuman lazat seperti teh, kopi dan sebagainya. Walaupun cara penyediaannya berbeza tetapi ia tetap berfungsi sebagai penghilang dahaga.
[caption id="flickrImage_1" align="aligncenter" width="500" caption="Water © by JoshuaDavisPhotography"][/caption]
Kesedaran orang ramai keatas kebersihan air mendorong mereka berlumba-lumba membeli dan memasang penapis-penapis air yang terbaik supaya bekalan air paip kerumah-rumah dapat di bersihkan dan di tulenkan daripada anasir-anasir yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Namun begitu kepesatan aktiviti pemasaran telah menyebabkan pelbagai definasi atau fakta-fakta berkenaan penapis air telah di tokok tambah menjadikan ia semakin sensasi dan mengelirukan. Sehingga ada yang mendakwa penapis air yang di jual oleh mereka boleh menjadikan air biasa seperti air zam-zam.
[caption id="flickrImage_2" align="aligncenter" width="500" caption="rubbish © by hodgers"][/caption]
Perlu dijelaskan disini  bahawa penapis air terbahagi kepada dua jenis iaitu penapis air didalam rumah dan diluar rumah (POE). Jika kita hendak menapis air untuk minum maka kita bolehlah memasang penapis air didalam rumah kita. Akan tetapi jika air paip yang dibekalkan kepada kita telah berubah warna dan rasa maka kita perlulah memasang penapis air di luar rumah iaitu POE unit.
[caption id="flickrImage_3" align="aligncenter" width="500" caption="0723082151.jpg © by aaron_anderer"][/caption]
Bagi penapis air didalam rumah pula terbahagi kepada dua jenis iaiatu penapis air 6 unit tabung penapis dan penapis air reverse osmosis (RO).
1. Penapis air 6 unit tabung penapis - adalah penapis air yang dipasang di paip air di dalam rumah terutama di sebelah sinki. Ia dipasang dan disambung terus kepada pili air. Penapis jenis ini dikatakan menghasilkan air beralkali dan mineral. Ia tidak memerlukan sebarang bekalan kuasa elektrik malah beroperasi menapis air dengan kekuatan tekanan air paip sahaja. Namun kelancaran air yang terhasil bergantung kepada kekuatan tekanan air paip sendiri.
[caption id="flickrImage_4" align="aligncenter" width="375" caption="currys_southampton_120506_Brita_water © by cpchannel"][/caption]
2. Penapis air reverse osmosis (RO) - ia dipasang didalam rumah seperti penapis air 6 unit tabung penapis juga, namun ia memerlukan bekalan kuasa tenaga elektrik untuk mengerakkan pam airnya. Sistem reverse osmosis atau RO adalah dimana air dipaksa melalui satu membran plasma yang bertindak sebagai penapis yang mengasingkan bendasing dan air bersih yang tulen. Hasil nya air yang keluar adalah air tulen yang tidak mempunyai apa-apa kandungan mineral, racun mahupun kotoran sedikit pun. Ia ibarat sebersih air hujan. Hasil paksaan air melalui membran itu membahagikan air kepada dua iaitu air tulen yang bersih dan air yang tercemar yang akan dialirkan keluar dan di buang.
[caption id="flickrImage_5" align="aligncenter" width="500" caption="LG전자, 세계 최저 소비전력 냉온정수기 출시 © by LGEPR"][/caption]
Kebaikan dan Kelemahan Penapis Air 6 Tabung Penapis.
Antara kebaikan yang di war-warkan oleh pihak pengedar keatas penapis air 6 unit tabung penapis ialah air terhasil bersifat alkali dan mineral. Yang didakwa dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Selain dari itu mineral yang terhasil adalah sebagi bekalan mineral yang diperlukan oleh badan.
Namun kelemahannya ialah pengguna perlu menunggu untuk mendapatkan kuantiti air yang diperlukan kerana aliran air yang perlahan ketika proses penapisan.
Dakwaan yang menyatakan bahawa air mineral yang terhasil dapat merawat penyakit tidak pernah di buktikan secara saintifik manakala kebanyakan testimoni yang di beri oleh syarikat pemasaran tidak begitu menyakinkan malah seperti tidak boleh diiktiraf oleh mana-mana pihak. Begitu juga dakwaan bahawa air beralkali dapat menyihatkan badan juga tidak dapat di buktikan secara saintifik. Ini kerana perut manusia akan merembeskan asid yang akan mengasidkan segala bentuk makanan yang kita makan dan minum. Walaupun kita minum air beralkali namun dalam tempoh beberapa saat ia akan bertukar kepada berasid apabila bercampur dengan asid perut. Maka hilanglah fungsi alkali itu. Mineral yang terhasil daripada penapis ini pula tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini kerana peratusan sebanyak 0.03% mineral didalam air tapisan tidak akan memberi apa-apa kesan. Mineral yang diperlukan oleh badan adalah datangnya dari tumbuh-tumbuhan.
Kelemahan lain sistem ini ialah ia tidak dapat menghakis atau membuang peratusan racun yang kecil didalam air. Terutama dadah dan ubat-ubatan yang telah mencemari air kita. Dadah atau ubat-ubatan yang mencemari sumber air kita adalah datang dari sisa buangan lebihan ubat-ubat yang kita gunakan.
Kebaikan dan Kelemahan Penapis Air Reverse Osmosis (RO).
Air RO adalah air tulen yang tidak mengandungi apa-apa bahan pun didalamnya. Kesemua bahan-bahan mineral, racun dan sebagainya di tapis keluar melalui membran plasmanya. Ia ibarat air hujan yang bersih. Biasanya air RO digunakan oleh syarikat pengeluar minuman botol, pembuat kordial dan lain-lain lagi dimana syarikat-syarikat ini memerlukan air yang tidak mempunyai apa-apa yang boleh merubah rasa air minuman keluaran mereka.
Air RO adalah pelarut yang sangat bagus. Bagi pesakit-pesakit kencing manis, batu karang dan sebagainya jika setiap hari menggunakan air RO akan dapat membantu merawat penyakit-penyakit tersebut. Ini kerana ia akan melarutkan mineral-mineral yang berlebihan dan di buang melalui air kencing.
Kajian-kajian saintifik telah membuktikan bahawa sistem penapis air RO telah menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Water Quality Association (WQA). Walaupun terdapat penulis-penulis artikel yang mempertikaikan akan kebaikan air RO ini namun penulis-penulis tersebut sebenarnya cuba mencipta sebab supaya pengguna tidak menggunakan sistem ini. Walhal pencemaran air pada masa kini telah menyebabkan air menjadi bukan setakat kotor malah beracun.
# Sebagai kesimpulan nya, terdapat banyak pengedar penapis air dengan pelbagai jenama berada dipasaran Malaysia sekarang ini namun perlu diingat sebenarnya mereka ini datangnya dari satu kilang sahaja. Manakala sistem penapis air RO dihasilkan oleh pengilang-pengilang mereka sendiri dimana teknologi yang di miliki telah di paten kan. Oleh itu pada pendapat aku sendiri adalah lebih baik dan praktikal kita menggunakan sistem penapis air RO berbanding penapis 6 tabung atau penapis air berasaskan cahaya ultra unggu. Ini kerana ketulenan air tersebut telah terjamin kebersihannya.

Bagaimana Keracunan Makanan Boleh Berlaku?

Ada orang kata jangan makan makanan basi nanti sakit perut. Tapi bila sakit perut pergi jumpa doktor, doktor beritahu kena keracunan makanan. Selepas ambil ubat beberapa kali perut memulas dan rasa mual pun beransur-ansur lega.
[caption id="flickrImage_1" align="aligncenter" width="500" caption="Kerabu Mango © by williamnyk"][/caption]
Aku memang pantang tak boleh langsung nak makan makanan yang lama atau nak basi nih. Kalau tak sengaja tu perut aku dah jadi kacau lak, bunyi macam-macam dah la angin semacam je.
Sebenarnya makanan yang disediakan dalam keadaan kurang sempurna kebersihannya dan juga proses memasak yang tidak sempurna akan mengundang keracunan kerana bakteria yang terdapat didalam makanan itu akan membiak semula dan menjadi semakin banyak. Antara proses-proses penyediaan makanan yang akan mengundang keracunana makanan ialah:
1. memasak dengan mendidihkan masakan untuk satu tempoh yang singkat menyebabkan isi masakan yang tebal tidak sempurna masaknya didalamnya.
2. masakan menggunakan bahan-bahan mentah yang tidak memerlukan rebusan atau pemanasan akan membawa bersama bakteria yang boleh menyebabkan keracunan. Contohnya penyediaan kerabu mentah menggunakan ramuan ulam-ulam dan santan.
3. juadah makanan yang tidak habis dijual tidak dipanaskan secukupnya untuk mematikan bakteria dan dijual semula keesokkan harinya.
4. juadah makanan yang diletakkan dan dipamerkan tanpa ditutup dan terdedah kepada habuk, debu dan lalat.
5. penggunaan bahan perasa seperti MSG yang berlebihan dan tiada sekatan menyebabkan makanan menjadi terlalu berasid dan mengundang keracunan apabila ia bertindakbalas dengan asid perut.
6. pemakanan yang tidak seimbang. Seseorang memakan juadah yang tidak seimbang dimana ia berpuasa disiang hari menyebabkan perut tidak mampu mengatasi keasidan dan bakteria yang hadir.
Untuk mengatasi dan mengurangkan risiko keracunan makanan yang berbahaya ini adalah dinasihatkan pembeli-pembeli makanan hendaklah memeriksa tahap kebersihan makanan yang dijual dengan memerhatikan persediaanya dan kebersihan sekitarnya. Elakkan memakan makanan mentah yang tidak bermasak.
Sudah sewajarnyalah aku menasihatkan anda semua supaya membeli dan memasak sendiri dirumah demi menjamin kesihatan anda sekeluarga. Disamping itu kita juga dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Jom Berkongsi Info Dengan Syarih.

Jumlah Paparan Halaman

Alexa