Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.

Follow Me.

Apakah Punca Penyakit Leukemia (Lukimia)?


Pada suatu hari saya ke Internet Cafe. Tujuan saya hari itu adalah untuk mendapatkan jawapan kepada soalan ini? Apakah penyebab kepada penyakit leukemia (lukimia)?


Saya mencari di internet dan kebetulan saya menjumpai 2 cerita seperti berikut:

Cerita pertama:
Seorang lelaki berbangsa cina berumur lebih kurang 40-45 tahun telah disahkan mengidap lukimia/leukemia. Beliau tertanya-tanya kenapa dan bagimana beliau boleh mendapat penyakit lukimia. Bila ditanyakan dan disemak diet pemakanannya beliau menyatakan dietnya adalah lebih kepada daging, makanan laut dan tidak suka sayur-sayuran.

Cerita kedua:
Seorang perempuan india berumur lingkungan 60an telah disahkan mengidap penyakit lukimia/leukemia. Pun tertanya-tanya kenapa dan bagimana boleh berlaku? Bila ditanya diet sehariannya beliau menjawab beliau adalah seorang vegitarian selama 40 tahun. Bermakna beliau tidak mengambil makanan yang bukan berasaskan sayuran sahaja.

Ermm...
Sekali imbas jawapannya sudah jelas. Jika kita mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang ditambah dengan suasana pekerjaan yang tidak menentu dan juga waktu makan yang tidak terurus. Maka risiko mendapat penyakit leukemia adalah sangat tinggi. Ini kerana dari daging ia membekalkan bahan-bahan untuk membina sel-sel pertahanan badan iaitu sel darah putih dan platlet darah dan dari sayuran membekalkan zat-zat membina darah merah dan hemoglobin. Jika kita kekurangan salah satu dari unsur-unsur bagi membinanya maka pada satu kadar masa yang lama akan menyebabkan kegagalan badan untuk membina sel-sel darah yang diperlukan.

Oleh itu penawar bagi anda yang belum ada penyakit leukemia ialah makanlah makanan yang seimbang dan mengikut waktu atau jadual makan yang betul. Lakukan senaman dan riadah bagi mengeluarkan dan mengaktifkan peluh. Elakkan rokok, minuman bergas, arak dan minuman yang terlalu manis. Lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali. Pastinya akan mengurangkan risiko penyakit leukemia.

bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...