Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Pati Herba Madu

Tonik Herba Gamat

Isnin, 1 Februari 2010

Apakah kaitannya Penyakit Leukemia/Lukimia dengan Pekerjaan?

Kaitan penyakit leukemia / lukimia dengan pekerjaan, merupakan satu persoalan yang subjektif yang mana semua pesakit tentunya tertanya-tanya. Betulkah pekerjaan kita memainkan peranan terhadap pengidap penyakit leukemia. Saya sendiri telah bekerja dibidang komputer selama 20 tahun. Ketika disahkan mengidap penyakit leukemia / lukimia saya berumur 37 tahun. Saya disoal siasat oleh para doktor yang merawat penyakit leukemia. Semua maklumat diperlukan daripada pemakanan, aktiviti seharian, keadaan persekitaran, pencemaran, radioaktif, medan elektrik, pekerjaan dan sebagainya.

Dari soal selidik dan kajian di internet saya dapati kesan pekerjaan sangat-sangat memberi kesan jangka panjang keatas kesihatan. Jika kita bekerja dengan pekerjaan yang berkaitan dengan barang-barang elektrik untuk tempoh yang lama, nescaya memberi kesan. Kesan medan elektromagnetik daripada monitor komputer dan kesan elektrostatik dari CPU komputer untuk tempoh yang lama akan menyebabkan mutasi atau perubahan keatas satu unsur genetik manusia. Ia telah merubah sifat kepada sifat yang tidak stabil. Inilah yang menyebabkan ketidak normalan keatas sel-sel darah terutama sel darah putih. Itulah penyebab utama kepada penyakit leukemia / lukimia. Sebenarnya penyakit leukemia / lukimia tidaklah berjangkit. Jika anda mengidap penyakit leukemia dan tidak mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, maka amat mudah untuk anda menangani penyakit leukemia ini. Ini kerana penawar penyakit leukemia tidak akan memberi kesan kepada bahagian yang lain. Tidak seperti penyakit kencing manis yang mempunyai kesan keatas hampir kesemua organ badan.

Itulah kelebihan keatas pesakit leukemia / lukimia yang hanya perlu rawatan keatas penyakit leukemia sahaja. Namun begitu perlu diingat setiap jangkitan penyakit yang lain seperti demam perlu mendapat rawatan segera di unit hematology hospital. Pesakit dilarang mendapat rawatan di tempat lain memandangkan rekod dan kepakaran hanya terdapat di unit hematology hospital sahaja.


Bersambung….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut. Derma anda bolehlah di salurkanke akaun berikut:
1-52055-0003271-2 (Sharih Yaakob bin Sharih Ahmad) - RHB BANK BHD

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...