Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Pati Herba Madu

Jumaat, 4 Mac 2011

Penyakit Kencing Manis (Diabetes) - Pengawalan dan Kehidupan.


Penyakit kencing manis atau diabetes adalah penyakit kronik seumur hidup. Atau dalam erti kata lain tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya sepenuhnya. Namun apa yang boleh dilakukan oleh pesakit diabetes adalah mengawal paras gula didalam darah dan juga kesihatan diri sendiri. Lebih kurang 40% pesakit kencing manis (diabetes) dapat mengawal keadaan penyakit mereka melalui beberapa cara:
* menjaga pemakanan dan berat badan
* senaman yang kerap
* pengubatan
* pemakanan pesakit diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

60% pesakit kencing manis lagi dapat meneruskan kehidupan mereka melalui pengambilan pil atau suntikan insulin.

Setiap pesakit kencing manis dimestikan mematuhi temujanji dengan doktor yang telah ditetapkan. Ini penting kerana setiap kali pertemuan dengan doktor, mereka perlu melalui proses pengambilan sampel darah atau air kencing untuk analisis kadar komposisi komponen sampel tersebut. Analisis dari keputusan tersebut dapat lah memberi inspirasi kepada doktor kearah mana rawatan dan ubat yang perlu diberikan.
Pesakit-pesakit kencing manis (diabetes) juga perlu mengambil tahu akan apakah perancangan doktor dan target rawatan tersebut supaya kerjasama antara pesakit dan doktor akan membuahkan kesihatan yang sihat kepada pesakit sendiri.

Soal pemakanan merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi oleh pesakit kencing manis (diabetes). Ini kerana mereka perlu menyaring makanan-makanan yang ada supaya ia dapat menyumbangkan tenaga yang diperlukan dan kemudiannya membantu mengurangkan paras gula didalam darah. Maka pesakit perlu mengubah diet pemakanan setiap hari. Sebagai contohnya jika setiap hari ia mengambil nasi maka ia perlulah mengambil makanan alternatif seperti roti atau oat sebagai ganti. Ini kerana nasi yang dimakan mengandungi paras kanji yang tinggi. Kanji atau karbohidrat akan dipecahkan menjadi gula ketika kita rehat atau tidur. Makan secara tidak langsung akan menaikkan lagi paras gula darah.

Kekerapan senaman dikalangan pesakit kencing manis (diabetes) adalah menjadi keperluan. Ini kerana ia akan merangsang organ-oragan utama seperti jantung, pankreas, hati, usus supaya bekerja mengeluarkan toksin-toksin melalui pembuangan peluh. Pepeluhan yang banyak akan mengundang pesakit untuk mengambil minuman dimana dinasihatkan meminum air mineral supaya dapat mengekalkan komposisi air badan. Pengambilan air minuman bergas atau berkarbonat adalah perlu dan wajib dielakkan kerana kandungan gula yang tinggi didalam nya tidak akan membantu pesakit.

Kesimpulannya: kehidupan pesakit kencing manis (diabetes) perlulah melalui perubahan dari segi pemakanan dan gaya hidup seharian. Jika sebelumnya pemakanan mereka menjurus kearah peningkatan kolestrol dan lemak maka sekarang ia perlu ditukar kepada berasaskan bijirin dan sayuran. Pengumpulan lemak sebenarnya disebabkan kurang nya atau tidak pernah bersenaman. Makan gaya hidup bersenam perlu dimulakan bagi setiap pesakit yang baru dan diteruskan setiap hari. Pesakit tidaklah boleh lalai dari setiap peringatan oleh doktor kerana kelalaian itu memungkinkan akibat buruk keatas pesakit sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tonik Herba Gamat

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut. Derma anda bolehlah di salurkanke akaun berikut:
1-52055-0003271-2 (Sharih Yaakob bin Sharih Ahmad) - RHB BANK BHD

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...