Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Pati Herba Madu

Selasa, 19 April 2011

Apakah Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Ok seterusnya ...Ramai orang rasa mereka sihat, namun kadang-kadang mereka tidak sedar mereka mempunyai masalah dalaman. Kalau ada sesi pemeriksaan kesihatan ramai yang takut untuk memeriksa status kesihatan mereka. Yang paling takut ialah ketika hendak mendapatkan keputusannya kerana jika disahkan sakit terpaksa makan ubat untuk jangka masa yang lama.

Jika anda seorang yang perihatin keatas kesihatan anda perhatikanlah beberapa tanda yang akan memberi petunjuk yang jelas keatas penyakit yang mungkin ada pada anda. Antara tanda-tandanya ialah:

1. Kerap kencing terutama waktu malam
2. Sering dahaga dan banyak minum air terutama air manis
3. Mudah lapar dan banyak makan
4. Mudah penat dan sering mengantuk
5. Selalu sakit kepala dan rasa loya
6. Pergerakan tubuh badan terganggu
7. Berat badan menurun pada kadar yang cepat
8. Kebas atau gatal-gatal di kaki dan tangan.

Tanda-tanda tersebut adalah disebabkan kandungan gula yang tinggi didalam darah. Jika anda mempunyai tanda-tanda tersebut diatas anda mungkin menhidapi penyakit kencing manis atau diabetes. Penyakit kencing manis (diabetes) pada peringkat awal adalah mudah untuk dikawal kerana bahagian-bahagian organ badan anda belum lagi rosak dan masih berfungsi secara berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...