Sakit Perut, Cirit Dan Angin Perut - Apa Sebabnya.


Saya ingin berkongsi satu pengalaman iaitu apabila setiap hari anda makan ubat dua kali sehari, namun sampai satu ketika perut anda sakit, cirit dan penuh dengan angin. Biasanya mula berlaku selepas setahun anda mengambil ubat setiap hari. Jika anda tidak atasi segera ia akan lama kelamaan akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Selera makan anda akan menurun, rasa hendak makan tetapi tidak dapat makan banyak dan cirit-birit tidak akan dapat di kawal lagi.

Apabila berjumpa doktor, doktor akan memberi sekitar lima hingga enam jenis ubat sahaja termasuk ubat cirit, tahan sakit, ubat angin dan antibiotik. Jika anda mengambil mengikut jadual ia akan berkesan untuk seketika sahaja. Namun kesan besarnya tidak mampu di tangani.

Kenapa perkara ini berlaku?
Sebenarnya ubat yang kita makan setiap hari mempunyai bahan-bahan kimia yang menghakis permukaan perut dimana akhirnya lapisan mukosa perut akan semakin nipis dan hilang. Akibatnya rembesan asid HCL akan terkena terus ke permukaan vilus perut. Ia menyebabkan asid menghakis permukaan perut dan menghasilkan tindakbalas enzime yang tidak stabil. Maka perut tidak dapat menjalankan proses seperti biasa dan membiarkan bahan makanan kita tidak diserap langsung. Hasilnya ialah asid telah bertindakbalas menghasilkan angin didalam perut.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Saya mengambil minuman klorofil setiap hari untuk melindungi perut saya daripada dihakis oleh asid perut. Kemudian saya mengambil pil bawang putih (100% bawang putih) untuk mencair kan darah. Maka dengan pencairan darah, darah akan dapat di alirkan keseluruh badan dan sehingga ke bawah kulit kita. Hasilnya haba didalam perut akan dialir keluar menjadikan suasana perut menjadi stabil.

Percayalah dengan mengamalkan minuman klorofil (boleh didapati di farmasi atau melalui rangkaian Cosway) dan juga pil bawang putih akan memberi kelegaan sepenuhnya keatas segala tindakbalas sampingan itu - insyaallah.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...