rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Ikut Klik "Like"

Sedikit Kecederaan Boleh Membawa Malapetaka Kepada Pesakit.

Saya teringat kepada seorang pesakit lukimia yang dimasukkan kewad hospital kerana ibu jarinya bengkak disebabkan luka. Beliau mengidap lukimia sekitar 3 tahun dan telah menjalani 4 kali kimoterapi. Luka di ibu jari tangannya disebabkan oleh kerja merumput disekitar rumahnya menggunakan tangan tanpa sarung tangan pun.

Doktor membuat pemeriksaan dan soal selidik keatas dirinya. Seterusnya dirujuk kepada doktor pakar ketika itu. Nasihat doktor pakar tersebut ialah mereka terpaksa potong keseluruhan ibu jari tangan nya itu. Alasannya - kuman yang meresap masuk melalui luka itu akan terus merebak kemudian memasuki saluran darah ditangan. Kuman-kuman tersebut akan mengikut darah yang mengalir ke jantung dan akan tersebar ke seluruh anggota badan. Itulah penerangan doktor pakar tersebut.

Oleh kerana pesakit tersebut terlalu ego, beliau menolaknya kerana merasakan ia adalah terlalu kecil lukanya untuk memotong keseluruhan ibu jari tangan nya itu. Maka doktor pakar itu pun tidak boleh berbuat apa-apa tanpa persetujuan pesakit itu. Setelah hampir dua bulan bermain tarik tali dengan doktor dimana beliau sekejab hendak dan sekejap tak hendak maka beliau di suruh balik kerumah. 

Dikampung belau berjumpa bomoh untuk merawatnya dan selepas beberapa minggu berubat maka surutlah bengkaknya itu. Maka beliau berasa cukup gembira dan cuba merendahkan kredibiliti doktor tersebut. Selepas sebulan tangan nya surut dan sembuh beliau kembali demam dan dirujuk semula ke hospital. Maka doktor pakar kembali memeriksa keadaan, namun tiada apa-apa nasihat dari doktor pakar tersebut keatasnya. Doktor hanya membuat pemerhatian keatasnya sahaja. 

Setelah hampir sebulan demamnya tidak sembuh dan suatu hari doktor pakar di wad tersebut dikejutkan dengan panggilan dari jururawat. Kerana pesakit tersebut mengalami apa yang dipanggi penyakit tarik (atau sawan) yang teruk sehingga terjatuh daripada katilnya. 

Maka ketika itu doktor pakar itu terus memanggil warisnya dan memberitahu bahawa pihak nya tidak lagi bertanggungjawab keatas apa yang berlaku dan tiada ubat yang akan mampu sebagai penawarnya. Apa yang sebenarnya berlaku ialah kecederaan yang berlaku di ibu jarinya menyebabkan kuman memasuki badannya. Untuk menyekat pergerakan kuman tersebut bahagian yang cedera tersebut perlu dibuang sebelum kuman merebak ke otak melalui jantung. 

Kenapa perlu dibuang bahagian tercedera tersebut?
Ini kerana pesakit-pesakit lukimia mengalami penurunan jumlah antibodi iaitu platelet darah dan white blood cell atau darah putih yang menjadi agen pertahanan badan. Apabila kuman menyerang maka mereka sendiri sudah tidak berdaya melakukan apa-apa kerana bilangan mereka yang sedikit berbanding pecambahan kuman-kuman yang menjadi semakin besar. Apabila kuman sampai keotak melalui darah dari jantung maka ia akan menyerang otak yang menyebabkan pesakit menjadi sawan. 

Nasihat saya.
Sebagai pesakit tak kiralah apa jenis penyakit pun apabila kita mengambil ubat, kulit kita akan menjadi semakin lembut dan nipis. Keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan bila tersentuh benda-benda yang keras dan tajam. Oleh itu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat. Jika anda hendak melakukan apa-apa pekerjaan yang agak kasar maka alat-alat perlindungan perlulah digunakan seperti losyen antiseptik, sarung tangan, penutup mulut/hidung dan sebagainya. Sesudah bekerja bersihkan badan sepenuhnya seperti mandi dan bersabun. Elakkan daripada menggunakan racun, aerosol, ubat nyamuk berasap dan sebagainya. Elakkan daripada menggunakan ubat-ubat yang tak disyorkan atau dibeli dari kedai-kedai. Cepat berjumpa doktor Hemato dihospital atau di wad Hemato Day Care sekiranya mengalami apa-apa masalah. Jangan memandang ringan terhadap apa jua kecederaan yang berlaku keatas anda.  

3 comments:

  1. wah nampak gayanya saya lebih kena berhati-hati selepas nie.... sebab saya selalu buat kerja2 rumah yang terdedah dng bermacam kecederaan luka kecil tu macam dah biasa rasanya,,,,, TQ info

    BalasPadam
  2. saya dah lama follower blog nie tapi saya rasa dulu blog nie tak de kotak komen... jadi tak boleh tinggalkan komen...

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana mengikuti blog ini. sukacita saya maklumkan bahawa blog ini adalah sebagai perkongsian pengalaman saya dalam menghadapi musibah penyakit. jadi segala maklumat yang saya kemukakan gunalah sebaik mungkin....

    BalasPadam

Jom Berkongsi Info Dengan Syarih.

Jumlah Paparan Halaman

Alexa