Assalamualaikum semua,
Teringat aku sejak dari zama remaja sehingga aku sudah kahwin, badan aku nih sangat kurus. Kurus sekurus-kurusnya. Percaya tak?? Semasa aku kahwin dulu berat badan aku cuma 48kg sahaja berbanding ketinggian aku 173 cm lebih kurang 5 kaki 6 inci kot. Saiz seluar yang aku pakai ialah 28 in sahaja pinggang aku.
Perangai aku pulak tu tak menentu, dan sudah tentu aku nih sangat pendiam orangnya. Selalunya tekanan kenapa aku nih kurus sangatlah yang sangat pedih untuk aku hadapi. Mana tak nya, segala usaha dah aku cuba. Makan nasi banyak tak taulah kemana perginya. Makan protein soya pun tak kemana. Tah apa-apa lah orang petua aku cuba juga, tapi hasilnya hampeh. Kekadang aku terasa nak tanya tuhan sahaja kenapa aku nih ditakdirkan kurus tersangat kurus.
Bayangkan kalau aku pakai baju, aku suka pilih baju kemeja lengan panjang bersize besar seperti XXL kerana untuk menampung dan melindungi kekurusan aku nih. Ada orang kata kepada aku, harapkan baju je besar tapi kurus. Aku cuma mampu terdiam, pilu rasa hati mengenangkan hal kurus ini.
Masa aku makan nasi kalau aku ambil sepinggan nasi dan makan sorang-sorang sampai 3/4 nasi sudah ku habiskan terasa lambat lah nak habis nasi tu. Rasa boring membuak-buak menyebabkan aku akan terus tinggalkan 1/4 bahagian nasi lagi. Dah tak mampu nak telan lagi terasa perut pun dah cekang dan penuh je. Apalah nasib aku. Isteri aku memang sayangkan aku. Tak pernah dia merungut pasal aku kurus nih. Aku pernah gak cuba menceritakan perihal kekurusan aku nih tapi dia hanya senyum saja.
Tapi selepas aku mula mengambil ubag Glivec, ubat lukimia CML nih selera aku dah terbalik pula. Rasa nak makan je. Terlintas je difikiran je terasa membuak-buak perut ini untuk makan. Kalau lambat terasa sangat-sangat benda tu di bibir dan lidah aku nih. Terpaksa lah bergegas mencari apa benda yang terasa nak makan itu. Selepas enam bulan aku mengambil Glivec berat aku meningkat sehingga 10kg. Seluar 28in aku dah tak boleh muat dan aku tukar kepada size 33/34 in baru selesa. Syukur kerana selama ini aku berdoa kepada Allah dan Allah kabulkan. Walaupun pemberian Allah ini mahal harganya kerana ia hadir besama-sama penyakit lukimia CML ini. Namun aku tak pernah menyesal malah aku tetap bersyukur dan insaf akan kekerdilan diri ini.
Aku percaya ramai lagi pesakit lukimia CML ini akn mempunyai pemasalahan yang hampir serupa dengan aku. Namun percayalah setiap pemberian Allah itu ada rahmat disebaliknya. Kerana itu kita sebagai insan kerdil hamba Allah di muka bumi ini kenalah berusaha, dan berdoa kepada nya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi segala rintangan hidup. Insyaallah.


0 comments:
Catat Ulasan