Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 9 Julai 2012

Ketahui Apa Itu Kanser Paru-Paru.

Kanser paru-paru adalah perkembangan sel-sel tidak terkawal yang tidak normal dibahagian paru-paru membentuk tumor yang aktif. Tumor kanser ini dipanggil malignant tumours boleh merebak serta menyerang dan merosakkan tisu-tisu sekelilingnya serta organ badan. Akhir sekali ia boleh merebak melalui saluran darah untuk membentuk tumor baru di bahagian badan yang lain.

Kanser paru-paru adalah kanser pembunuh ke dua terbesar di Malaysia dimana 95% pesakit meninggal selepas lima tahun dikesan penyakit tersebut. 

90% punca utama penyakit kanser paru-paru adalah disebabkan oleh asap rokok. Bukan sahaja perokok yang berisiko mengidap penyakit kanser paru-paru malah mereka yang terdedah kepada asap rokok yang dilepaskan oleh perokok juga mempunyai risiko yang sama. Lebih daripada 4,000 bahan beracun akan terhasil dari pembakaran tembakau yang akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada sel-sel paru-paru. Bukan saja paru-paru berisiku mendapat kanser tetapi segala saluran yang membawa asap rokok keparu-paru juga berisiko seperti mulut, tekak, esofagus, laring, bladder, buah pingang, pangkal rahim dan juga pankreas. 

Kanser paru-paru biasanya tidak menunjukkan apa-apa simtom atau tanda diperingkat awalnya. Doktor hanya dapat mengesan kanser paru-parau selepas seseorang itu menjalani X-Ray dada untuk tujuan yang lain. Antara tanda-tanda biasa yang ditunjukkan oleh kanser paru-paru ialah: 

1. Batuk yang berterusan. 
2. Nafas menjadi pendek. 
3. Kahak berdarah. 
4. Kehilangan berat badan dan nafsu makan. 
5. Sakit dibahagian dada. 
6. Suara yang perlahan. 
7. Serangan penyakit pneumonia atau bronchitis. 

Oleh itu jika anda adalah golongan berisiko mendapat penyakit kanser paru-paru dan mendapati terdapat simtom-simtom atau tanda-tanda seperti diatas adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan di hospital. Ini kerana jika kanser paru-paru dikesan pada peringkat awal anda mungkin dapat mengawalnya daripada merebak ke bahagian lain. Ini kerana sel-sel kanser sebenarnya amat ganas dan berkembang pada kadar yang sangat cepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...