Sakit Belakang diBahagian Pinggang Berbahaya Jika Tidak DiUbati.

Minggu lepas emak saudara aku menghubungi aku kerana beliau berasa sakit dibahagian belakang iaitu sekitar pinggang yang amat sangat terutama diwaktu malam. Dah banyak klinik dan hospital telah beliau pergi namun tiada perubahan. Semuanya memberikan ubat tahan sakit dan disuruhnya berehat. Jadi salah satu klinik swasta yang di lawatinya menyuruhnya ke hospital swasta untuk menjalani proses MRI iaitu pemeriksaan keseluruhan tulang belakangnya. Jadi dia meminta tolong dengan aku untuk ke hospital swasta kerana disana doktor akan memeriksa dengan pantas dan cepat. 

Aku pun membawa beliau ke Kedah Medical Center iaitu anak syarikat KPJ Holding Bhd. Doktor menyuruhnya menjalani X-Ray dan setelah dibuat pemeriksaan terhadap tulang belakangnya terdapat kesan yang tidak elok 3-4 bahagian tulang belakang dibahagian pinggangnya. Menyebabkan struktur tulang belakangnya sedikit bengkok. Jadi apabila beliau tidur dan hendak bangun maka tulang itu tersentuh urat saraf menyebabkan ia kesakitan. Selain itu juga bahagian pelapik disegmen tulang itu juga sudah kehausan dan pelincirnya sudah agak kurang dan kering. Jadi doktor mengesyorkan menjalani proses MRI untuk memeriksa kesahihan penyakit tersebut sebelum diberi rawatan lanjut. Untuk menjalani proses MRI di hospital swasta kosnya sekitar tujuh ratus lima puluh ringgit tetapi di hospital kerajaan lebih murah dan percuma bagi kakitangan kerajaan. Maka kami membuat keputusan untuk merujuk kepada hospital kerajaan. 

Keesokkan harinya kami membawa segala keputusan yang diberikan oleh doktor KMC itu dan terus ke Hospital Sultanah Bahiyah. Dan disana emak saudara aku melalui proses pendaftaran dan pemeriksaan permulaan dan doktor memberikan tarikh temujanji dua minggu lagi untuk proses MRI. Jadi diharap dengan proses MRI yang akan beliau jalani akan dapat memberi jawapan yang tepat keatas kesakitan yang beliau alami sejak lama dulu.
Jadi kepada pembaca yang mengalami sakit-sakit dibahagian belakang diharap dapatlah merujuk kepada mana-mana hospital untuk memeriksa keadaan tulang belakang kerana selaras dengan peningkatan umur maka pelapik antara tulang belakang kita akan semakin haus dan cecair pelindung juga akan semakin kering. Akibat nya kita akan merasa sakit yang amat sangat sehingga menggangu kerja dan tidur kita kelak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...