Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Pati Herba Madu

Rabu, 12 September 2012

Tips Mengatasi Penyakit Kencing Tak Lawas.

Dulu aku pernah kena penyakit nih. Biasanya beberapa ketika selepas kita buang air kecil kita merasa seperti masih ada lagi air kencing didalam pundi kencing. Kemudian kita pun ke tandas untuk buang sekali lagi tetapi cuma sedikit saja. Dan ada kalanya air kencing seperti tidak tos atau akan menitis tanpa kita sedari  semasa kita duduk atau berjalan. Malah ada yang telah bertahun-tahun mengalami masalah ini.

Kebaikan dan Khasiat Biji Bunga Matahari dapat mengatasi masalah kencing tak lawas. 

Orang tua-tua dulu mengatasi masalah ini dengan meminum air rebusan akar-akar kayu. Pernah bapa aku dulu merebus akar pokok lalang katanya boleh jadi ubat kencing tak lawas. Anda juga boleh menggunakan akar pokok buluh direbus dan dicampur madu untuk mengubati penyakit ini. Amalkan minum dua kali sehari. Air rebusan itu dapat membersihkan saluran kencing dan buah pinggang serta menguatkan nya semula  Mungkin betul la sebab aku pernah tengok dulu-dulu ayah aku rebuskan akar lalang tu. 

Seperkara lagi tu semasa buang air kecil tu eloklah amalkan buang secara duduk bertinggung. Janganlah buang air kecil secara berdiri terutama orang lelaki. Ya memang susah sikit la kalau pakai seluar panjang tapi kesan buang air kecil secara bertinggung tu amat ketara sekali. Aku sendiri pernah amalkan dan ternyata berkesan mengatasi masalah kencing tak tos nih. 

Jadi sebenarnya beberapa penyakit tu berpunca daripada perangai dan perbuatan kita sendiri. Jadi apabila kita belajar dan mengetahui nya maka eloklah kita sama-sama amalkan.

Aku telah mencuba beberapa cara untuk mengatasi masalah kencing tak lawas ini dan aku kongsi kan teknik mengatasi masalah kencing tak lawas untuk anda semua cuba amalkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Admin blog ini memerlukan sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantu meringankan kehidupan beliau. Oleh itu anda dirayu untuk menginfak sumbangan anda demi menolong beliau untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk itu sila teruskan ke DERMALAH SEIKHLASNYAuntuk maklumat lanjut.

Segala sumbangan yang dibuat di ucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik anda itu.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.

Kepada anda yang ingin menghubungi saya harap dapat PM saya (hantar mesej) ke akaun Facebook (LIKE) saya dan In sha Allah saya akan berikan no contact saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...