Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Petua Kurangkan Masalah Mata Merah Conjunctivitis.

Masalah mata merah juga dikenali sebagai conjunctivitis, radang mata, pink eye, red eye dan dialami oleh ramai orang yang mencapai umur 40 tahun keatas. Ia berlaku disebabkan oleh serangan virus, kekurangan vitamin A, kemalangan, gangguan saraf optik dan juga disebabkan pengambilan ubat-ubatan untuk waktu yang panjang.


Kalau anda buat carian dan rujukan di internet, anda akan dapati kebanyakkan cadangan yang diberi jarang membawa kepada suatu jalan penyelesaian untuk masalah mata merah conjunctivitis ini. Sebaliknya petua-petua yang diberikan itu akan memburukkan lagi keadaan mata anda sehingga anda rasa tidak selesa setiap hari terutama apabila anda terpaksa berhadapan dengan komputer atau situasi yang terang semasa bekerja.
Beberapa bulan ini aku telah berhadapan dengan situasi masalah mata merah conjunctivitis. Ia adalah lanjutan daripada masalah pendarahan didalam mata putih aku yang telah berlaku dua kali sebelum ini. Ya kalau nak diikutkan sukar nak dapatkan jawapan mahupun penawar untuk penyakit seperti ini melainkan disuruh berehant dan pendarahan mata itu akan berlalu dalam tempoh seminggu.

Berlakukan masalah mata merah conjunctivitis ini telah membuatkan aku mula berfikir dan membuat kajian untuk mencari jawapan kepada penawarnya. Pelbagai petua dan cara aku telah cuba dan disini aku akan kongsikan antar cara yang dapat mengurangkan kesan mata meraha conjunctivitis itu keatas mata.

Apabila anda merasakan sesuatu yang tidak kena kepada mata anda dan anda perhatikan urat-urat darah didalam mata putih anda membengkak dan merah, disamping itu kelopak mata anda pula akan terasa pedih merah serta terasa kering. Apabila anda bekedip anda dapat rasakan seperti berpasir didalam mata dan sangat tidak selesa sekali. Jika anda berhadapan dengan masalah itu anda boleh lah mengikut petua seperti yang telah aku amalkan.

Apabila anda berhadapan dengan masalah mata merah conjunctivitis.

1. Janganlah tunggu lama lagi, teruskan lah ke mana-mana klinik dan dapatkan rawatan. Doktor akan memberikan antibiotik, ubat penahan sakit dan juga ubat titisan. Apabila anda menggunakannya, mata anda akan beransur-ansur kurang. Namun begitu selepas anda habiskan ubat-ubat itu dan mata anda kembali sakit maka sah la mata anda bukan terkena serangan virus. Akan tetapi masalah conjunctivitis.


2. Elakkan daripada mengambil apa-apa supliment berasaskan bilberry, blueberry, crankberry, biji anggur atau apa-apa supliment yang merujuk kepada merawat mata kecuali supliment eyebright.

Eyebright dapat mengurangkan kesan mata merah itu dan boleh didapati di farmasi Guardian.
3. Anda perlu menukar diet anda segera. Elakkan dari memakan makanan berlemak seperti daging lembu, ayam,itik dan kambing. Sebaliknya makan lah makanan berasaskan sayuran hijau dan ikan. 

4. Elakkan meminum minuman segera seperti kopi tongkat ali, kopi ginseng dan seumpamanya. Minumlah kopi o, yoghurt,soya, barli dan seumpamanya. 

5. Elakkan dari memakan makanan berminyak bergoreng seperti mee goreng, bihun, koeyteo goreng dan lain-lain lagi. Makanlah makanan yang berkuah, tidak berlemak dan tidak pedas.

6. Elakkan memakan makanan segera seperti mee segera, ayam goreng segera, snack dan sebagainya. 


Petua mengawal penyakit mata merah conjunctivitis.


1. Dapatkan lah ubat titisan seperti yang aku gunakan ini iaitu “Spersallerg” keluaran Novartis yang sememangnya khusus untuk masalah mata merah conjunctivitis ini. Titislah dua atau tiga kali sehari.
spersallergs merawat mata merah conjunctivitis
Spersallergs ini boleh didapati di farmasi-farmasi besar di seluruh negara dan ia adalah khusus untuk merawat masalah mata merah conjunctivitis.

2. Dapatkan air mineral oksigen yang ada dijual di farmasi (contohnya air anugerah) dan gunakan lah untuk dititiskan didalam mata jika mata anda terasa kering atau gunakan lah untuk mencuci mata anda selalu. Anda boleh isikan didalam botol titis dan boleh dibawa kemana-mana.
air oksigen cypress untuk mata merah conjunctivitis
Contoh air oksigen.

air oksigen titisan mata merah conjunctivitis
Isi air oksigen kedalam botol titis ini untuk memudahkan kita menitis kedalam mata.
3. Blend 2 biji apel hijau dan secekak daun pegaga dan minum campuran tersebut dua atau tiga kali sehari. Jangan tambah apa-apa lagi kedalam adunan ini dan minum semua tanpa ditapis. 

apel hijau dan pegaga untuk mata merah conjunctivitis
Apel hijau dan daun pegaga.
4. Dapatkan air jus aloe vera atau jelly aloe vera dan amalkan meminumnya setiap hari. Anda boleh buat sendiri jika dirumah anda ada pokok aloe vera tersebut.

aloe vera mata merah conjunctivitis
Jus aloe vera ini boleh didapati di pasaraya besar seperti Giant.
5. Jika anda berkemampuan anda bolehlah mengamalkan meminum produk Gamat Healin, Gamat Gold dan sebagainya.

Petua yang aku amalkan ini terbukti membantu aku dalam menghadapi masalah mata merah conjunctivitis ini dan mengurangkan kesan rasa tidak selesa seperti berpasir itu dan aku dapat meneruskan pekerjaan aku setiap hari dengan lancarnya. Ya memang betul penyakit mata merah conjunctivitis ini tidak akan dapat hilang sepenuhnya kerana ia adalah kesan sampingan disebabkan aku terpaksa mengambil ubat Glivec yang sehingga kita sudah melebihi 7 tahun. Walaubagaimana pun dengan petua tersebut aku masih dapat mengawal keadaan ketidak selesaan tersebut daripada terus membebani hidup aku.

Pada pendapat aku dan dari apa yang aku telah uji serta lalui, masalah mata merah conjunctivitis ini adalah berpunca daripada masalah organ hati yang tidak dapat melakukan tugas yang sempurna. Mungkin disebabkan oleh gangguan-gangguan toksin yang memerlukan ujian lebih lanjut untuk dikenalpasti. Sejak aku mengamalkan petua tersebut diatas, masalah mata merah conjunctivitis itu dapat aku kawalnya dan tidak mengancam kehidupan seharian. Anda bolehlah mencubanya sendiri dan lihatlah kesannya kelak. 

63 ulasan:

  1. Tqvm petua dan idea kamu semoga saya cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. Tq..mohon share, boleh?

    BalasPadam
  3. Sy nak cuba sbb sekarang mata saya merah2..sbb last 5 days sakit urat mata pecah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk bli air titisan mata dulu..sekarang sudah digantikan dgn jenama NAPHCON A dr syarikat yg sama

      Padam
  4. Juga awk boleh amalkan minum jus rempah...ada di blog ini cara buatnya...itu amat membantu mengurangkan kesan mata merah..

    BalasPadam
  5. jenama ubat mata spelsalerg tu mcm susah nak crik la..selalu habis stok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..jenama itu sudah dihentikan dan dikeluarkan jenama baru NAPHCON A, keluaran anak syarikat novartis. Harga lebih murah dan bole didapati di kebanyakan farmasi besar. Sy dh cuba dan kesannya sama. Anda bole dapatkanya.

      Padam
  6. tqvm.. inshaAllah sme2 kte ikhtiar untuk memulihkan penyakit mata kita ini...
    -marcular hole.
    AllahummaAmiinnnnn

    BalasPadam
  7. salam..mata putih sy b'urat merah dh lama..xrasa sakit/b'pasir..ada xcara nak hilangkan urat merah ni?dah pegi jumpa pakar mata..dia bg eye drop & eye gel..xde kesan..sy slalu ngadap laptop & stay back mlm2 sbb sy masih study lg..kwn2 slalu ingat sy letih/xcukup tido..kdg2 ada yg ingat sy baru lepas nangis..huhu..sy xsedar bila mata sy start jd camni..dulu2 elok je putih..yg sy heran nape mata kwn2 sy ok je..diorang pun slalu ngadap laptop even dlm bilik gelap..huhu..hrp ada cara utk dptkan mata putih cam dlu..huhu..thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ws salam. Anda bole dapatkan eyebright do farmasi guardian dan beli ubat titis mata berjenama naphcon A keluaran novartis. Makan sebiji sehari eyebright dan titis selalu insha Allah amat membantu mengurangkan mata merah itu. Ubat titis itu bole di beli di farmasi2 besar.

      Padam
    2. Pantang jgn mkn urat dan lemak daging. Mkn daging merah saja dan hadkan pengambilan daging.

      Padam
    3. tuan boleh tak saya beli ubat tu tanpa jumpa doktor?

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naphcon A tk di jual di farmasi Guardian. Bole dibeli di farmasi besar yg lain.

      Padam
    2. Boleh ke guna eye drops Naphcon A tu untuk jangka msa panjang? Tak ada kesan sampingan ke? Dan berapa harganya ye?

      Padam
    3. In Sha Allah boleh. Untuk pengetahuan, anda bolehlah amalkan minum madu kelulut setiap hari. kerana madu kelulut dapat membantu mengurangkan kesan mata merah. serentak dengan itu penggunaan ubat titis Naphcon pun dapat dikurangkan. saya dah amalkan kedua-dua itu dan dapat atasi masalah mata merah.

      Padam
    4. Mata sy dh sebulan lebih bermasalah. Bermula dgn 1 urat merah. Sy guna eye drops biasa utk sakit mata. Ingakan trus hilang, rupanya berlarutan dan makin merebak urat merah tu. Bila letak eye drops tu dia akan reda dlm beberapa jam atau seharian. Esoknya bgn tido dia merah blk. Hari2 kna letak eye dropstu waktu pagi. Sampailah 3,4 hari lepas semakin teruk merah. Eye drops tu tak lagi berkesan mcm biasa. Letak eye drops pagi tu, menjelang ptg trus merah menyala mata sy. Rasa pedih dan panas. Trus ke klinik. Doktor ckp allergic conjunctivitis. Dia bagi ubat titis khas utk conjunctivitis. Malangnya ubat tu langsung tak ada kesan utk hilangkan mata merah. Dah 3 hari guna masih sama cuba kurang la gangguan dari segi ketidakselesaan tu. Hari ni sy cuba beli ubat naphcon a tu. Lepas lbh kurang 5min letak ubt tu terus mata beransur hilang merah. Sy tau ubat ni akan hilangkan merah sementara waktu je. Sy risau nak guna byk kali dlm 1 hari utk jangka masa panjang. So, sy hrp ubat ni dapat hilangkan merah Sekurang2nya 8-12 jam sehari. Setidaknya sy hanya perlu guna sekali sehari sementara penyakit ini sembuh sepenuhnya InsyaAllah.

      Padam
    5. teruskan guna ubat titis mata tu. sy dh guna lebih dari 2 tahun dan masih digunakan. Alhamdullillah berkesan. anda perlu elakkan memakan makanan berlemak dan berminyak. jangan sesekali mencuba suplimen berasaskan anggur, biji anggur, berry dan seumpamanya yang diiklan di media.

      Sy cadangkan amalkan minum madu kelulut setiap hari akan dapat mengurangkan kesan radang dan merah mata itu disamping ubat titis itu.

      Padam
  9. untuk makluman penyakit ini tak akan sembuh terus, melainkan kita mengawalnya dengan ubat yang ada.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..saya pun ada masalah yang sama. memang tidak rasa sakit.tetapi risau juge dibuatnya. mata putih saya ade bengkak dan merah di urat2 nye.saya rase same dgn masalah encik juge. tapi saya belum merujuk doc lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam. ya tanda-tanda hampir sama. anda boleh membeli ubat titis mata Naphcon A di farmasi terdekat dan gunakan setiap hari.

      Padam
  11. Asalamualaikum , saya ingin bertanya . Adakah bahaya kalau urat mata timbul dan sgt merah? Saya risau dibuatnya. Ibu saya kata kemungkinan kencing manis, dan ada yg kata saya sebab migrain, tu yg terjadinya urat mata timbul. Ada apa2 yg encik boleh cadangkan tak utk saya? Apa perlu saya buat utk hilangkan masalah ni. Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Ya urat mata yg timbul menyebabkan mata menjadi kemerahan. Atas beberapa faktor seperti makan ubat utk tempoh yg lama seperti ubt diabetes, faktor umur, stress dan sebagainya memberikan kesan pada sebahagian kelenjar yg menghasilkan cecair pelincir mata iaitu minyak dan air. Akibatnya cecair itu berkurangan menyebabkan mata kekurangan pelincir dan oksigen. Anda bole beli naphcon A di farmasi besar dan titiskan kemata 3 kali sehari in sha Allah mata akan beransur sihat.. Gunakan selalu.

      Padam
  12. Assalamualaikum , saya ingin bertanya . Mata putih saya berurat merah dan timbul. Ibu saya kata kemungkinan kencing manis dan manager saya kata sebab saya ada migrain urat mata boleh timbul. Saya kadang2 risau taktau apa perlu buat. Sebelum ni aaya ada minum brands innershine utk mata , tapi hanya sebulan saya minum sebab terlampau mahal utk saya beli setiap bulan. Boleh encik beri apa2 pendapat dan explain kenapa mata saya sebegitu.? Terima kasih

    BalasPadam
  13. Jikalau saya mkan suppliment eyebright tu boleh tk??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tp seelok elok nya guna yg titis tu sekali.

      Padam
  14. Salam...sy nk tny mata sy skit n merah disbbkn lens tp dh titis ubt doktor bg tp still xok lg...cmne ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. anda boleh mencuba ubat Naphcon A tu. perlu diingatkan bahawa anda tak digalakkan guna contact lens kerana kesan jangka masa panjang yang tidak baik.

      Padam
  15. Saya juga menhadapi masalah urat mata merah.. Kalau terdedah dengan panas dan juga berada dlm aircond lama mata saya akan merah. Sehingga disalah anggap oleh orang lain yang mengatakan saya mengambil dadah.

    BalasPadam
  16. Anda bole gunakan ubat titis Naphcon a yg bole dibeli di farmasi besar. Selain dari itu amakkan minum air liquid chlorophyl setiap hari yg bole dibeli di kedai cosway. Ia amat membantu. Selain dari itu anda bole ambil suplimen eye bright yg bole dibeli di guardian.

    BalasPadam
  17. Anak sy kerap mata merah.. boleh ke dia guna naphcon A tu..anak sy umur 11 thn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda perlu mencari puncanya kenapa anak anda kerap mata merah. Anda bole berikan ubat itu dengan pemantauan dan kawalan anda.

      Padam
  18. Salam, bulan Oct'15 saya baru trlibat dlm kemalangan Dan menyebabkan sebelah mata saya hilang penglihatan. Saya hanya tinggal 1 mata sahaja dan harapan saya. Sebelah lagi mata saya ni doktor pakar memberi tahu saya ada potensi utk mendapabradang mata kerana saraf blakang mata saya besar.. Doktor memberitahu saya terus ke hospital jika sakit mata, merah atau sakit utk mendapatkan rawatan. Saya akui Sekarang saya sudah bekerja & kerja saya mengadap computer Dan balik lewat malam. Bolehkah saya menggunakan falcon A & eyebright?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. ya anda boleh gunakan naphcon A dan eyebright untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada mata anda itu dan untuk mengurangkan merah mata itu. jika anda menggunakan ubat titis itu dan keadaan tidak berubah harap tidak teruskan lagi. Sehingga sekarang saya masih menggunakan naphcon A itu setiap hari Alhamdulillah rasa perit pada mata dapat saya atasi in sha Allah

      Padam
  19. Salam. Boleh saya tahu apakah fungsi supplement eyebright dan adakah ia selamat utk digunakan dalam jangkamasa panjang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. eyebright tu mempunyai kandungan herba yang sesuai untuk mengurangkan keletihan mata. serentak dengan itu dapat mengurangkan masalah mata merah. ya ia sesuai dan selamat untuk jangka masa panjang.

      Padam
  20. Mata saya ada timbul urat urat merah, mungkin sebab stress study. Kalau saya pakai naphcon A tu, boleh hilangkan urat merah tu tak?

    BalasPadam
  21. Salam,berdasarkn cara no 2..kenapa perlu dielakkn suplement berasaskn jenis2 berry?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam. Sy sudah mencuba ambil suplimen berasaskan berry dan anggur tetapi mata sy menjadi semakin perit, kering dan merah. Sy beranggapan tugas suplimen seperti itu lebih kepada anda yg sihat jauh dari masalah conjunctivitis. Kerana masalah mata merah adalah disebabkan gangguan atau kegagalan di kelenjar minyak dan air mata.

      Padam
  22. Salam tumpang bertany.. di mana saya boleh dapatkan ubat titis naphcon a tu di area kuala lumpur n selangor..apakah contoh nama farmasi besar di sini..saya amat memerlukannya..harap dpt membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam. Bole di beli di mana2 kedai farmasi biasa

      Padam
  23. Salam.
    Sy menglami mslh sakit mata.
    Sakit mata dah berunsur pulih.tapi sy ad mslh pgligatan kabur.
    Adakah di sebabkn skit mata dan akn hilang sekiranya skit mata smbuh spenuhnya. Adkah pggunaan naphcon A dpt mmbntu mghilngkn kabur di mata?

    BalasPadam
  24. Slm tuan..nk tya..kalu mata asyik bertahi je ssuai x guna napchon a?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam ya bole. Minum air bagi banyak. Biasanya mata bertahi tu berkait juga kurang minum air.

      Padam
  25. boleh sya tanya,urat mata saya merah sebab terkena percikan api masa saya potong besi hari tu. sejak tu urat mata saya merah .ada apa2 ubat tak utk masalah saya nii? ada harapan utk sembuh lagi x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya awak boleh gunakan ubat titis Naphcon-A untuk rawat masalah tersebut.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Awak bole cuba naphcon-a ada perbezaannya lagipun harganya murah je. Bole juga makan eyebright plus. Elakkan makan daging berlemak ye kerana dia bole sebabkan mata lagi merah.

      Padam
    4. ok sya akan cuba. thanks atas nasihat doktor. may god bless u

      Padam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg biasa tu tak de kesan, lg tak selesa dibuatnye. Sy pun gitu dulu hinggalah sy cuba naphcon a tu baru ok

      Padam
  27. Assalam
    sy mengalamai masalah mata merah.bila mata berkelip terasa spt ada pasir.air mata menitis.kekadang bila merapatkan mata terlampau kuat lagi tidak selesa bertambah lah rasa sakitnya.dah pun pgi kelinik doc bagi ubt titis,eye ointment antibiotik.sesuai ke kalau sy guna ubt titis yg tuan syorkan.naphconA

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Ya awak boleh cuba naphcon-a lagipun harganya pun tak la mahal.

      Padam
    2. T.kasih Tuan.mudah2an serasi dgn izin Allah

      Padam
  28. saya dah guna Napchon A tu dan kurang sikit merah pada mata saya. tp dlm masa beberapa jam saja. tp yg paling ngeri bila bangun dri tidur mata saya kelihatan merah sangat. saya sgt takut. ada harapan lagi tak mata saya nii sembuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulang titis 2-3 jam sekali. Ya masa bangun tido mata akn nampak merah, titiskan aje. Dlm 2-3hari akan semakin kurang merah tu. Jangan makan daging, anggur ada yg sekeluarga dengan anggur seperti blueberry. Minum madu kelulut amat membantu kerana ia mengatasi keradangan iatu gatal2 dan pedih. Elok lagi makan 21st century garlic atau apa2 jenis pil bawang putih utk mencairkan darah yg membantu mata mendpt lebih oksigen.

      Padam
  29. Saya ada masalah timbul urat2 merah di sekitar kornea n masalah silau..mslah sy trmasuk skli mcm mslah di atas ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok jumpa doktor mata dulu dan dapatkan nasihatnya samada betul conjunctivitis atau jangkitan kuman.

      Padam
  30. Terima kasih. Tips & Petua yg amat membantu.. Saya pun mengalami benda yg sama.. Maybe sbb krja mghdap screen tab je. Terima kasih skli lg.

    BalasPadam
  31. Salam.. Sekian lama sy cari penyelesaian.. Masalah mata merah tanpa sakit, cepat merah time kena aircond.. Terima kasih banyak2. Nanti sy beli ubat tersebut

    BalasPadam

.

.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...