Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Pati Herba Madu Penawar Masalah Kolesterol Anda.

Sejak aku publish artikel perkongsian jus penawar kolesterol, berbagai-bagai pertanyaan dan kemuskilan yang aku terima terutama cara-cara untuk menyediakan jus herba tersebut.

Ramai diantara pembaca yang mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi ingin menggunakan jus tersebut untuk menurun dan merawat masalah peningkatan paras kolesterol didalam darah. 

Aku bersyukur sangat kerana segala perkongsian aku itu amat bermenafaat dan cukup berguna kepada kita semua untuk kehidupan yang lebih sihat.

Namun begitu, proses penyediaan jus herba tersebut mungkin akan melibatkan kos yang agak tinggi jika anda mahukan khasiat nya yang terbaik, kerana anda perlu mendapatkan bahan-bahan yang asli terutama madu lebah. Dengan kuantiti tersebut anda perlu berbelanja tinggi. Selain dari itu faktor kebersihan dan juga proses penghasilannya jika tidak begitu teliti akan menyebabkan bahan-bahan tersebut mengalami perubahan yang tidak sepatutnya terutama sewaktu anda memasak ramuannya. Kerana ramuan tersebut mudah meruap dan mudah hilang jisim airnya.

Setelah menilai dari kesesuaiannya sebuah syarikat bumiputera telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan secara komersial dengan menggunakan formula campuran tersebut. Ia dikeluarkan dengan menggunakan syarat dan peraturan perusahaan yang cukup ketat demi menjamin kesegaran, kualiti dan khasiatnya agar terpelihara. 

Aku telah diberi peluang oleh syarikat Clear Herbs Trading yang mengeluarkan jus Pati Herba Madu ini, untuk menilai dan memberi testimoni demi kebaikan kita semua. 


Dari segi kandungannya iaitu campuran jus bawang putih, jus halia, jus lemon dan cuka apel adalah sama namun ia di tambah juga jus kurma kerana kurma adalah merupakan salah satu agen antioksida terbaik. Rasanya adalah sama seperti jus kolesterol yang aku kongsikan sebelum ini.


Sukatan pengambilan setiap hari adalah satu sudu besar diambil seelok-eloknya sebelum sarapan pagi sekali sehari. Untuk menilai sejauh mana kesannya eloklah anda membuat ujian darah sebelum anda mula mengambil produk Pati Herba Madu ini dan pastikan anda membuat ujian darah sekali lagi selepas dua minggu pengambilannya. 


Bagi memastikan standard pengeluaran yang tinggi, syarikat Clear Herbs Trading mematuhi standard amalan pengilangan sepenuhnya dan anda tidak perlu ragu-ragu lagi menggunakannya.


>>Khasiat Pati HerbaMadu<<

>Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
>Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
>Membuang Angin Dalam Badan
>Melawaskan perut
>Melancarkan Perjalanan Darah
>Amat Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Keletihan
>Membuang Kahak Dalam Kerongkong
>Melancarkan Process Pembuangan
>Membantu Melegakan Sakit Kepala dan Sakit Badan
>Jika Diambil Berterusan Boleh Menurunkan Berat Badan

Salah satu faktor penting untuk anda menilai dan membeli sesuatu produk kesihatan ialah kualiti dan keberkesanannya. Pati Herba Madu adalah menepati keperluan anda. Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari bahan untuk menyediakan sendiri jus penawar kolesterol. Cuba sebotol Pati Herba Madu dan lihatlah perubahan dan kesannya selepas dua minggu.

87 ulasan:

  1. Assalam, boleh tak di cuba oleh anak saya berumur 3 tahun yang mengalami batuk kahak kerana tonsil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh...kurangkan sukatan dan tambah air suam...

      Padam
  2. Macamana pula utk pesakit gastrik ? Tidak kah akan mudaratkan perut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk yang ada masalah gastrik minum PHM selepas makan dan minum air kosong bagi banyak...in Sha Allah tidak memudaratkan perut malah membantu mengurangkan kesan gastrik.

      Padam
  3. Sesuai tak utk resdung yg di hidapi isteri saya...tkasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PHM adalah jus minuman kesihatan, sesuai untuk anda untuk menjadi lebih sihat. Ya untuk resdung pun boleh...in sha Allah

      Padam
  4. berapa harga termasuk kos penghantaran ke kuching, sarawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga sebotol utk Sabah Sarawak Labuan RM79. Pos laju percuma

      Padam
  5. TUAN, MACAMANA NAK ORDER JUS KOLESTEROL DAN JANTUNG TERSUMBAT. SAYA PERLUKAN SEGERA.

    BalasPadam
  6. saya mengalami sakit tapak kaki yg bisa setiap kali bangun drpd tidur..dan saya baru disahkan hamil 2 bulan...boleh ke saya minum jus ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengetahuan puan PHM adalah dilarang untuk wanita hamil kerana ia panas dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kandungan. Sakit tapak kaki puan itu boleh dirawat dengan cara merendamkan kaki kedalam air suam yang dilarutkan garam samada garam bukit, garam buluh atau garam dari laut mati. Puan digalakkan meminum susu tinggi kasium atau susu kambing. Elakkan memakai kasut yang bertumit dan gunakan sandel yang bertapak lembut. Elakkan juga berdiri terlalu lama.

      Padam
  7. Selepas buka tk perlu simpan dlm peti sejuk.

    BalasPadam
  8. Selepas buka tk perlu simpan dlm peti sejuk.

    BalasPadam
  9. Salam untuk kencing manis boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jus PHM adalah minuman kesihatan sesuai utk semua kecuali kanak2 umor bawah 12 tahun, wanita mengandung dan menyusu anak. Utk pesakit kencing manis ya cukup bagus. Klau tahap rendah cepat berkesan tetapi utk pesakit diabetes kronik perlukan masa dan kuantiti PHM.

      Padam
  10. Salam, Bunda sedang minum PHM ni, belum habis lagi sebotol, memang senang membuang....angin pun keluar berdebus2...

    BalasPadam
  11. as salam, pesakit darah timggi blh ker?
    dan d bulan puasa blh ke minum sb x blh nk minum byk....sdgkan bi minum jus ni perlu minum byk. t.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam. PHM sesuai utk pesakit darah tinggi. Dlm bulan puasa anda bole minum PHM seperti biasa atau jika terasa panas bole kurangkan separuh dari sukatannya. Pastikan anda minum cukup air dimlm hari. Biasanya selepas 1 minggu kita dah tak terasa panas lg.

      Padam
  12. As salam tuan.. sy br beli phm di farmasi... cuma nk tahu penggunaan pada bulan puasa... adakah perlu di mkn sebelum sahur..? Dan jarak masa mkn sahur selepas mkn phm...mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam, pengambilan didalam bulan puasa anda bole minum sewaktu berbuka puasa dan sebelum makan sahur dan pastikan anda lebih meminum air kosong diwaktu malam. Jika diwaktu siang anda terasa panas boleh la anda minum sekali saja PHM diwaktu malam.

      Padam
  13. Assalam tuan..PHM blh di ambil bersama ubatan hospital tak?!
    Di mana saya blh beli PHM selain online..di toko jamu@ farmasi ada tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...phm bole ambil dengan ubat hospital dan pastikan jarak 2jam ya.
      Wassup 0124375596 untuk maklumat pembelian on9

      Padam
  14. Salam...utk org darah rendah sesuai tak amalkan PHM....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam. Untuk pengetahuan anda bagi sesetengah penyakit seperti pesakit jantung meminum PHM dalam minggu pertama akan memberikan impak sementara seperti lemah seluruh anggota badan (seakan-akan seperti minum ubat batuk atau ubat selsema) dan kehilangan tenaga buat beberapa hari. Namun begitu kesan tersebut akan beransur-ansur pulih.

      Untuk anda yang mengalami masalah tekanan darah rendah boleh amalkan PHM namun begitu perlulah diingatkan agar mulakan pengambilan 5ml atau setengah sudu sekali sehari dahulu dalam beberapa hari. Jika anda semakin bertenaga barulah anda tambahkan kepada 10ml sekali sehari dan seterusnya 2 x sehari.

      Dengan cara itu anda akan dapat mengawal kesan tersebut dengan cara terbaik sekali. Ya anda boleh amalkan jus PHM ini dan pastikan anda banyak minum air masak kosong untuk mengurangkan rasa kepanasan. In Sha Allah.

      Padam
    2. Salam tuan.saya baru 3 minggu pasang stent pd jantung.adakah sesuai untuk saya guna PHM.

      Padam
  15. Salam tuan.macamana dgn yg baru pasang stent pada jantung adakah boleh guna PHM.saya baru 3 minggu pasang stent.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh minum. pastikan jarakkan 3jam dengan pengambilan ubat hospital.

      Padam
  16. Nak tanya ibu menyusu boleh ambil PHM ni ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu menyusu anak dilarang minum PHM kerana ia boleh memberi kesan kepada bayi yang menyusu itu. Kecuali bayi tidak menyusu badan dan cuma minum susu tepung itu dibolehkan.

      Padam
  17. bolehkah pesakit buah pinggang yg menjalani dialisis makan PHM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pesakit buah pinggang boleh minum PHM namun begitu tidak digalakkan jika ia mengganggu proses dialisis.

      Padam
  18. As salam.nk tya.anak saya umo 3thn dh.tp masih duk menyusu bdn saya lg.boleh ke nk mnum PHM ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam.. Kita tak galakkan.. Tp kalau puan nk minum bole minum pada sukatan yang rendah dan perhatikan jika ada kesan sampingan pd anak contohnya cirit.. Jika ada puan perlu berhenti minum atau hentikan anak menyusu ibu.

      Padam
    2. Kalau tak pasti jangan bagi statement. Ingat baby tu tikus ujian ke? Boleh pulak suruh brenti nyusu kalau budak tu full breastfeed mcm mana? Agak2 la nak meniaga pun.

      Padam
    3. Sy pernah ditanya melalui wassup soalan yg sama dan sy telah larang ibu menyusu anak daripada minum jus ini tapi dia terus marah saya sebab seolah2 sy tak benarkan dia minum langsung. Sy jual juga sebotol padanya. Lepas tu dia tk repeat order lagi. Sy tak pasti apa kesanya.

      Jadi dalam kes ibu menyusu anak sudah sy katakan tak digalakkan sama sekali. Tapi klau nk minum juga itu tak terpulang lah pada pertimbangan puan.

      Padam
  19. Nak tanya saya ada mengambil PHM untuk pehyakit jantung, kesannya badan saya terasa letih,lelah dan sakit dada adakah itu kesan PHM yang saya ambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Itu kesan tindakbalas awal yg sementara. Teruskan pengambilan PHM lepas beberapa hari tenaga akan pulih kembali seperti biasa. Pastikan minum air bagi banyak.

      Padam
  20. Salam tuan.kebanyakan testimoni adalah dari mereka yg belum pasang stent pd jantung.ada tak sesiapa yg dah pasang stent dan minum PHM..Apa kesannya adakah memuaskan .Kerana saya ingin mencuba PHM.jantung saya baru pasang stent....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. anda yang sudah pasang stent juga boleh minum PHM dan kesannya juga amat baik sepertimana mereka yang belum pasang stent juga.

      Padam
  21. Adakab boleh minum PHM jika seseorang itu kadang2 degupan jantungnye tiba- tiba laju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. PHM bertindak mencairkan darah dan seterusnya mengurangkan masalah detupan jantung yang tiba-tiba laju dengan syarat kena minum air kosong bagi banyak.

      Padam
  22. Saya ada darah tinggi, kencing manis n kolestrol. Saya nak cuba guna PHM ni..tapi ada sedikit perasaan takut. Adakah kesan sampingannya akan menjadi lemah dan kurang bertenaga utk kali pertama menggunakannya? Biasanya berapa lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh wassup sy 012-4375596 untuk pesanan.

      Untuk pesakit yang ada masalah jantung ya ada kesan tindakbalas sementara didalam minggu pertama. Badan akan kehilangan tenaga untuk 2-3 hari pertama pengambilan dan akan kembali pulih selepas itu. pastikan minum air banyak dan elakkan mengambil apa-apa minuman penambah tenaga seperti kopi segera (tongkat ali contohnya) kerana ia akan memberi impak tidak baik keatas jantung.

      Padam
  23. Assalamualaikum.saya berminat untuk mencuba PHM untuk kesihatan jantung saya..tapi saya mempunyai masalah paru2 berair yg menghadkan minum air.apakah saya bolih menggunakan PHM.
    Harap dpt pecerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. PHM dikategorikan dalam kategori minuman biasa oleh KKM (GMP) dan sesuai untuk semua golongan kecuali wanita hamil dan kanak-kanak berumur bawah 12tahun. Anda boleh menggunakan PHM dan pastikan anda mulakan pada sukatan yang rendah dan sekali sehari. Setelah anda berasa selesa dan semakin yakin bolehlah anda tambah sukatannya. In Sha Allah amat membantu.

      Padam
  24. Saya ada tiriod n kolestrol. Bolehkah saya mencuba PHM ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya anda boleh mencuba PHM in sha Allah

      Padam
  25. Salam..
    Saya tinggal di hulu kelang. Dimana saya boleh dapatkan PHM..t.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam...anda boleh beli terus dengan saya wassup 012-4375596 segala kos penghantaran percuma.

      Padam
  26. salam,tuan saya ada mengambil PHM dah 6 botol tetapi dada masih sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. Ya ada beberapa pelanggan yang mengadu masalah sakit dada walaupun dah beberapa botol PHM abis. Ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan iaitu anda perlu minum air kosong bagi banyak untuk keseimbangan badan dan mengurangkakan kesan panas didalam badan.

      Salah seorang pelanggan saya telah berjumpa doktor selepas terasa sakit dada setelah hampir sebotol habis PHM dan doktor mendapati beliau mempunyai masalah angin medu atau asid reflux. Iaitu cecair perut telah berpatah balik masuk kedalam saluran esofagus atau saluran tekak. Menyebabkan keasidan melampau dan berlakulah kembung perut dan sakit dada itu.

      Nasihat saya elakkan memakan makanan yang banyak angin seperti nangka, ubi kayu, labu, kopi segera dan sebagainya. Amalkan minum susu tepung atau susu asli in sha Allah ia akan membantu mengurangkan kesan sakit dada itu.

      Padam
  27. Assalam tuan...sya telah mncuba PHM selama 4 hari..salah satu kelebihan PHM ni ialah melancarkan peredaran darah & membersihkan saluran darah/jantung..genap 4 hari sya telah trbatuk dan batuk berdarah (berlaku hanya sekali shj). Darah yg trkluar berbntuk gumpalan (seperti kahak)..apakah ini juga salah satu kesan awal bg pengguna PHM? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam ya betul tu. Banyak khasiat yg kita boleh dapat dari PHM. Untuk makluman pada minggu pertama pengambilan keadaan sebenarnya belum stabil. Sebab itu ada diantara pengguna yg akan mengalami tindakbalas tertentu yg bersifat sementara. Contohnya jika anda mempunyai kahak banyak maka kahak akan keluar untuk beberapa hari dan akan beransur kurang. Berkaitan dengan batuk dan kahak berdarah mungkin juga ia tindakbalas pemulihan.. Jika ia tidak berterusan anda teruskan pengambilan PHM dan pastikan minum air kosong bg banyak.. In sha Allah

      Padam
  28. As salam tuan. Saya baru mencuba PHM ini bbrpa hari. Saya rasa sakit kepala dan keletihan yang sangat ketara. Adakah itu keaan sampingan pengambilan PHM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam. ya anda akan mengalami simtom seperti itu untuk minggu pertama, terutama mereka yang mempunyai masalah jantung atau penyakit kronik dan kurang minum air.ia akan beransur hilang selepas seminggu in sha Allah.

      Padam
  29. Aku buat sendiri je benda alah ni. Kolestrol turun. Takde ilang jisim air aihh masa nak masak. Hehe.

    BalasPadam
  30. As salam tuan...boleh ke pesakit stroke mengambil PHM...skrg sedang makan ubat hospital (darah tinggi & cair darah) + supplement gamogen gamat healin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam. ya pesakit stroke digalakkan minum PHM dan ia akan mempercepatkan pemulihan in sha Allah.

      Padam
  31. assalamualaikum tuan. sy nak cuba la PHM ni tapi macam takut jugak bile bace kesan2nye. takot pengsan ke kat tempat keje. ape yg boleh sy buat tuk bg stabil badan bile ade kesan2 tu berlaku?
    lagi satu, PHM ni boleh beli online saje atau ade agen2 farmasi atau kedai ubat lain atau klinik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Tak perlu bimbang kerana kesan itu akan ada jika anda pesakit kronik. Ia boleh dikawal dan hanya sementara saja.
      Untuk urusan pembelian wassup sy 012-4375596 untuk maklumat lanjut.

      Padam
  32. Assalammualaikum tuan...

    Saya mahu tanyaaa ni...
    PHM boleh merawat dan menyembuhkan kanser usus dan kanser perut ke...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Untuk kanser elok ambil Herba Tabib Malaya. Bole rujuk artikelnya di blog ni juga.

      Padam
  33. Assalamualaikum tuan.. blh tak sy minum pati herba madu skiranya sy makan ubat aspirin? Bahaya x... sbab aspirin mncairkan darah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. boleh tapi jarakkan 4 jam pengambilannya.

      Padam
  34. Salam tuan, kawan saya ada masalah injap jantung bocor... jadi bolehkah dia amalkan phm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam. PHM boleh membantu meringankan beban jantung anda namun begitu sukar nak ditentukan untuk sembuhkan kebocoran.

      Padam
  35. Assalamualaikum tuan saya baru buat laser Batu karang dalam buah pinggang Dan pasang stand kena makan ubat hospital boleh tak makan PHM ini..

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum tuan saya baru saya buat laser Batu karang kat buah pinggang...Sekarang ni masih pasang stent..saya perlu makan ubat hospital..boleh ka saya makan PHM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam. in sha Allah boleh. Jarakkan 4 jam dengan ubat hospital

      Padam
  37. Salam..phm ni elok x utk gastrik gerd yang selalu perut kembung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam ya boleh. pastikan anda minum air masak kosong bagi banyak dan anda boleh tambah perahan lemon

      Padam
  38. Salam..phm ni elok x utk gastrik gerd yang selalu perut kembung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wssalam ya boleh. Amat berkesan sekali

      Padam
  39. as salam tuan..sy nk tnya phm ni sesuai ke diambil masa nafas trasa pendek2 dan masa menstruasi

    BalasPadam
  40. as salam..boleh ke phm diambil masa menstruasi dan bila terasa nafas pendek2

    BalasPadam
  41. Minum air banyak tu berape liter ye tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tya bila badan lesu dan letihsangat ni apa yang nak buat.. saya baru minum phm ni masuk mggu ke3.. sblm ni x da apa2 tindak balas

      Padam
    2. ya betul tu anda akan rasa badan tidak bermaya atau kurang bertenaga. Anda boleh minum madu kelulut, susu kambing, kopi stevia untuk membantu anda memulihkan kembali tenaga yang hilang. Ini kerana faktor penurunan lemak dan kolesterol akan memberi impak kepada tenaga anda untuk sementara. kuatkan semangat carilah makanan yang kurang lemak dan karbohidrat untuk menggantikan tenaga anda itu.

      Padam
  42. Salam..bgmna klu sy yg sdg mengamalkn pengambilan produk lain..blh ke ambil phm ni...sy sdg mgmbil aloe Vera gel dn pil Arctic sea utk mncegah kolestrol...klu blh ambil phm bersama2...blh terangkn cara

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. ya boleh. Anda boleh jarakkan 2-3jam pengambilan dengan produk tersebut dan pastikan minum air kosong bagi banyak.

      Padam
  43. Kalau untuk cuci buah pinggang boleh?

    BalasPadam

.

.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...