Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

About



Assalamualaikum.
Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Syarih berasal dari Alor Setar. Saya bekerja sendiri komputer technician. Pengalaman saya dibidang komputer memberi kemahiran dan kemampuan dalam mengendalikan komputer khususnya komputer peribadi. Alhamdulillah sehingga kini saya masih dapat memberi khidmat kepada masyarakat walaupun bidang ini agak kompetitif.

Namun begitu saya adalah bekas pesakit Lukimia CML dimana saya telah disahkan mengidap penyakit ini sejak 2006 lagi. Selepas menjalani beberapa sesi ujian saya telah memulakan mengambil ubat setiap hari sehingga sekarang. Disamping itu juga saya berhadapan dengan pelbagai kesan sampingan dalam pengambilan ubat oral kemoterapi itu. Alhamdulillah sekali lagi saya telah berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Untuk itu saya dengan ini membina blog ini untuk berkongsi pengalaman bangaimana menghadapi situasi sukar itu dan cara-cara mengatasi apa jua tindakbalas daripada setiap rawatan.

Insyaallah jika kita berusaha dan terus berdoa kepada Allah tentunya Allah akan memberi kemudahan dan jalan keluar terhadap apa yang diuji keatas kita kerana setiap dari ujian itu dari Allah jua dan penawarnya adalah dariNya juga. Cuma sebagai hamba kita perlulah berusaha mencari penawar atau jawapan itu.

Syarih.

.

.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...