Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Lukimia CML

Penyakit lukimia CML juga dikenali sebagai “chronic myelogenous leukemia” atau “chronic granulocytec leukemia (CGL) adalah salah satu jenis penyakit kanser darah yang melibatkan sel-sel darah putih dan platelet darah menjadi tidak normal. Kebiasaanya darah-darah yang normal mempunyai hayat lebih kurang seminggu dan kemudiannya mati atau dimusnahkan didalam organ hati. Namun begitu sel-sel darah putih dan platelet darah yang tak normal ini tidak mati malah gagal di musnahkan oleh organ hati. Ini menyebabkan ia semakin bertambah setiap hari menjadikan suasana sesak didalam medium bendalir darah.

Keadaan yang sesak itu menyebabkan proses penghasilan darah yang lain akan berkurangan dan kuantiti nya juga akan menurun. Ia sekaligus mengganggu fungsi sel-sel darah yang lain.

Pesakit lukimia CML terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

1. Peringkat “Chronic phase” – pada peringkat ini pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti sering berlaku kesakitan sendi, rasa letih, sakit sebelah kiri dada dan terasa kenyang perut. Pembengkakkan dibahagian limpa (spleen) juga boleh dikesan ketika ini.

2. Accelerated phase – jika pesakit pada peringkat chronic phase tidak dirawat ia akan berterusan dan memasuki fasa accelerated phase. Fasa ini darh muda iaitu sel blast (myeloblasts) akan meningkat sehingga 10-19% didalam darah. Platelet pula akan meningkat melebihi satu juta (paras normal empat ratus ribu). Begitu juga bilangan sel-sel darah putih juga menjadi semakin tinggi. Pembengkakan bahagian spleen juga menjadi lebih tinggi.

3. Blast Crisis – jika pesakit tidak dirawat semasa berada pada fasa accelerated, maka ia akan berlaku fasa blast crisis. Ia mempunyai ciri-ciri seperti “acute leukemia” dengan perkembangan yang terlalu cepat dan jangka hidup pesakit akan menjadi semakin singkat. 

Rawatan untuk pesakit Lukimia CML.

Pada suatu ketika dahulu pesakit perlu menjalani proses penggantian cecair sum-sum tulang yang didapati dari penderma. Namun begitu dengan kemajuan teknologi perubatan, ubat-ubat baru yang dapat mengawal sel-sel yang tidak normal itu telah dihasilkan. Salah satunya ialah ubat oral Gleevec. Ubat ini wajib di ambil dua kali setiap hari oleh pesakit lukimia CML sepanjang hayatnya. Ia betul-betul berkesan untuk mengawal sel-sel lukimia selagi pesakit mengambilnya mengikut jadual. Maka dengan itu pilihan untuk menjalani rawatan penggantian cecair sum-sum tulang menjadi pilihan kedua memandangkan cara rawatan menggunakan ubat oral kimoterapi Gleevec itu cukup berkesan dan dapat memanjangkan hayat pesakit. 

Ikuti rentetan kisah Syarih yang telah melalui pengalaman merawat penyakit lukimia sehingga hari ini hampir lapan tahun. 

1. Sejarah bermula apabila suatu malam ketika mencari-cari sebab kenapa saya tidak boleh gemuk kerana pemakanan saya normal. Berat ketika itu hanyalah 48kg dan tinggi 173cm. Cubalah bayangkan betapa kurusnya saya. Saya makan begitu banyak tetapi entah kemana perginya

2. Ramai pesakit leukemia CML gagal menyedari bahawa mereka telah menghidap penyakit tersebut. Kerana tanda-tanda yang ditunjukkan tidak memberikan kesan sebenar didalam kehidupan seharian. Mereka masih cergas seperti biasa dan boleh bekerja setiap hari tanpa apa-apa syak akan ada penyakit keatas mereka. 

3. Darah putih tidak menunjukkan bacaan dan darah merah rendah dari biasa. Keputusan yang diberikan oleh doktor ketika itu adalah andaian penyakit lukimia kerana bacaan untuk darah putih tidak dapat dipastikan kerana terlalu tinggi. Aku perlu menjalankan satu lagi ujian darah yang lebih detail untuk mendapatkan bacaan sebenar darah.

4. Datang seorang doktor pakar terus kepada aku. Beliau mengambil sehelai kertas kosong dan terus bercakap panjang sebelum terus kepada intipati apa yang ingin disampaikan. Beliau takut kalau-kalau aku tidak dapat menerima hakikat sakit itu. Maka beliau mengesahkan aku mengidap lukimia atau Leukemia.

5. Aku tertanya-tanya ujian yang bagaimana. Di beritahunya bahawa aku akan di tidurkan dengan ubat tidur dan satu lubang kecil sebesar dawai akan di tebuk di bahagian rama-rama tulang pinggang dan tulang belakang. Iaitu ditepi penyambung tulang belakang dan pinggang.

6. Setelah tembus ditarik keluar dawai itu dan dimasukkan semula. Dan di angkat keatas. Jika tepat mengenai lokasi sumsum, cecair kemerahan pekat akan turut mengalir bersama-sama dawai itu. Seterusnya dimasukkan jarum yang akan menyedut cecair itu dan dimasukan didalam tabung sample darah.

7. Doktor pakar memaklumkan bahawa saya akan di benarkan keluar wad keesokan harinya iaitu pada hari yang ke 14. Dan saya dikehendaki meneruskan pengambilan pil hydroxyurea dan allopurinol sehingga di beritahu kelak. Juga saya dikehendaki datang ke klinik perubatan hematology sekali seminggu sehingga saya mendapat ubat lukimia yang sebenarnya.

8. Kadang-kadang terfikir juga bagaimana jika saya berterusan sakit? Siapa yang nak menjaga saya. Yea la isteri kan ada, tetapi bila besendirian apa-apa pun boleh difikirkan. Alhamdullilah isteri saya amat memahami saya dan banyak memberi perangsang kepada saya. Isteri saya asalnya orang Pengkalan Chepa Kelantan. Saya mempunyai 3 orang anak perempuan. Ibu dan bapa saya sudah tiada. Saudara yang lain semuanya tinggal berjauhan, ada di K.L, Perlis.

9. Salah satu penyakit lukimia yang berlaku kepada orang dewasa terutama linkungan umuer 40 tahun keatas ialah CML (Chronic myelogenous leukemia). Diagnosis menunjukkan sel-sel darah putih dan platelet semakin bertambah. Sepatutnya sel-sel ini akan mati selepas satu minggu ia matang, tetapi sebab ia tidak normal ia tidak mati dan masih berada di dalam kitaran darah. Kesannya menyebabkan ia menganggu tugas yang dijalankan oleh sel-sel darah yang normal.

10. Saya cuba mencari jawapan kepada semua itu. Jika boleh mendapatkan testimoni daripada mereka yang telah menggunakannya. Namun hampa. Semua orang sekeliling saya tidak mempunyai jawapan mahupun pengalaman. Setiap kali diberitahu penyakit lukimia (leukemia) maka tergamamlah orang itu. Seolah-olah ada hantu di muka saya ini. Kadang-kadang terasa juga hati ini namun apa kan daya, saya tak boleh melarikan diri lagi.

11. Khasiat yang dikatakan penawar lukimia ini ialah ia akan dapat membekalkan zat-zat yang perlu untuk membina sel darah merah. Ini kerana jumlah bilangan sel darah merah mereka yang menghidapi leukemia adalah sangat rendah. Dengan pengambilan minuman penawar lukimia ini makan ia akan membantu meningkatkan bilangan sel darah merah, hemoglobin dan seterusnya menambahkan tenaga.

12. Bagi anda yang bekerja didalam bidang yang berisiko tinggi terhadap faktor-faktor tersebut mestilah mempunyai perancangan rapi terhadap perlindungan diri dari dedahan punca tersebut. Anda juga dinasihatkan menjauhkan diri dari punca-punca tersebut untuk beberapa waktu supaya kesanya dapat diminimumkan semula dan risiko penyakit lukimia / leukema dapat di kurangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

.

.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...